New Phase

p/s: Sayang, mama tumpang blog awak ye & later baru mama pindahkan ok ;P

3rd Pregnancy




Macam tak sangka dah masuk 3x saya pregnant cuma yang no. 2 tu bukan rezeki kami. Kali ni memang tak dijangka sebab di awal minggu saya dah belasah makan buah durian etc. Tuhan tu Maha Berkuasa & maka dengan izinNya, my pregnancy test result was +ve . Syukur Alhamdulillah.

Kali ni penerimaan saya sangat berbeza, menangis tanda syukur & dalam masa yang sama saya sangat khuatir. Tidak perlu terlalu gembira kerana semuanya masih baru & dari pengalaman lalu, saya perlu berhati-hati menjaga kandungan kali ini. Risau perkara lama berlaku semula maka saya sentiasa berdoa semoga Tuhan mengizinkan saya memiliki zuriat ini. InsyAllah.


"Ya Allah, Kau lindungilah bayi di dalam kandunganku & semoga bayi ini kuat berada di dalam rahimku. Kau lindungilah aku sepertimana Kau lindungi umat-umatMu yang lain. Sesungguhnya kepadaMu tempat aku meminta pertolongan, amin."


Scan baby




Tarikh terakhir saya datang bulan adalah 21hb - 27hb Jun 2012. Sepatutnya piriod seterusnya adalah 21/7 tapi memandangkan sudah lewat dua hari maka saya buat ujian kehamilan di rumah. Once confirmed, saya terus ajak suami dapatkan pengesahan di Klinik berdekatan. Belajar dari pengalaman lalu @ saya takkan ambil sambil lewa so kalau boleh saya nak doc confirmkan betul-betul saya berbadan dua.

Malam tu saya check di Klinik Melissa. Dipendekkan cerita saya kena uji air kencing, scan, drip & blood test. Maka cost malam tu hampir RM500, ok reda je. 

Selang 3 hari saya cirit-birit & terus refer ke Klinik Bersalin Sheela. Selepas uji air kencing & scan, confirmed kandungan dalam 3 weeks ++. 

Badan saya masih lemah & saya tak boleh berdiri terlalu lama. Ada kalanya saya muntah tapi tak seteruk pengalaman k-2 pregnant. Keesokan harinya saya bekerja seperti biasa tapi malam tu saya tumbang semula. Weekend memang flat so baring saja. Hari isnin saya masuk kerja tapi 1/2 day sebab bleeding & selepas dapatkan rawatan di Klinik Sheela, saya dapat mc 2 hari. Doc advice saya perlukan rehat secukupnya & memang 2 hari ni saya duduk diam-diam je di rumah.

Risau? hanya Tuhan saja yang tahu tapi entry di bawah buat saya lega seketika. Minggu ni saya masuk 4 weeks so bleeding tu memang perkara biasa @ Zigot cuba menempel di dinding rahim. 

Ok nothing to say, please pray for my health. Semoga Tuhan melindungi ibu & juga kandungan ini, amin.

Perkembangan bayi @ 1 - 12 minggu




Telor akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dalam kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan dari masa ke semasa.

Minggu pertama - Sebaik saja telor disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan / haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telor tersebut.

Minggu kedua - Dinding rahim / uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga - Minggu ini adalah proses pelepasan telor. Telor dan sperma yang telah disenyawakan di tiup falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat - Zigot yang terbentuk akan mula mencari tempat (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pada minggu ini. Jangan risau, pendarahan itu adalah proses zigot menepel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu banyak, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima - Ukuran bayi anda sekarang seperti sebiji buah epal & pada minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, placenta dan tali pusat sudah bekerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam - Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pada minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru -paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh - Jantung akan terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerjasama untuk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pada pengakhir minggu ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan - Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25 - 30 mm. Lengan dan kaki sudah terbahagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan dan bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang - tulang. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dengan sempurna.

Minggu kesembilan - Pergerakan pertama fetus dapan dikesan dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah. Otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu kesepuluh -  Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dengan cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dari tubuh.

Minggu kesebelas - Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kencing.

Minggu kedua belas - Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dengan sempurna. Otot - ototnya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama, organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan berikutnya.

Solat ketika bleeding?


Selain bleeding, saya juga risaukan pasal solat. Cuba google info yang berguna & akhirnya saya jumpa yang ini. Alhamdulillah saya boleh melakukan solat seperti biasa cuma kali ni saya kena solat duduk atas sebab-sebab tertentu.

Sesungguhnya setiap kekeliruan yang sedang kita hadapi pasti ada jawapannya, insyaAllah.


Dalam masalah ini, penyelesaiannya adalah berdasarkan pandangan ulama’ yang mengatakan bahawa wanita mengandung yang mengalami pendarahan semasa hamil darahnya dikategorikan sebagai darah istihadhah selagi mana kandungannya masih selamat atau belum gugur. Maka, seseorang wanita itu wajib solat dan menunaikan ibadah-ibadah fardhu yang lain.


1. Nabi saw bersabda:

Wanita tawanan perang yang dijadikan hamba dan hamil tidak boleh dijimak sehinggalah dia melahirkan anak. Tidak dijimak wanita tersebut yang tidak hamil sehinggalah dia berhaid dan habis haidnya.” (Hr Abu Daud – 2157)

Hadis ini menunjukkan kepada wanita yang hamil tidak berhaid. Darah yang keluar ketika hamil adalah darah istihadhah.


2. Nabi saw bersabda yg ditujukan utk lelaki yang menceraikan isterinya ketika haid:
                
Suruhlah dia rujuk semula dan ceraikan wanita itu dalam keadaan suci atau hamil.” (Hr Muslim)


Hadis ini menunjukkan hukum hamil adalah sama dgn suci. Iaitu boleh dijatuhkan cerai. Ini menunjukkan darah yang keluar ketika hamil bukanlah darah haid.


Ini dikuatkan lagi dari segi perubatan moden. Dr Muhyiddin Kahalah pakar bedah dan pakar penyakit puan dan peranakan O&G menyatakan bahwa darah tersebut bukanlah darah haid.

Walaupun begitu, ada juga di kalangan ulama'-ulama' fiqh yang mu'tabar yang mengkategorikan pendarahan tersebut sebagai darah haid. Namun pendapat itu akhirnya diakui kurang tepat selepas kajian perubatan dibuat.
Adapun sebab-sebab darah keluar pada masa hamil adalah berdasarkan sebab-sebab berikut:


1. Darah keluar dari organ wanita hamil mungkin disebabkan kerana pecahnya kantung ovum yang berlaku ketika 2 minggu kandungan.


2. Darah keluar kerana ia merembeskan ovum di dinding rahim sehingga memberi kesan kepada dinding rahim yang menyebabkan pendarahan. Ini berlaku selepas 3 minggu kandungan.


3. Turun darah berterusan dari 3 hingga 9 minggu di awal kandungan dengan sebab janin tidak memenuhi ruang rahim.


4. Pendarahan berlaku dengan sebab berlaku radang leher rahim.


5. Pendarahan berlaku dengan sebab pendagingan di leher rahim.


6. Luka pada uri janin yg menyebabkan pendarahan.


7. Kanser.


8. Pendarahan berlaku apabila kandungan tabung uji dan rahim menjadi kosong.

Kesimpulannya: Sebagaimana wanita istihadhah yang lain, wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil (kandungannya masih selamat), perlulah menyucikan diri terutamanya sebelum menunaikan ibadah solat dan memakai tuala wanita yang bersih. Seandainya darah terus menerus keluar sepanjang wanita itu solat, ianya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ianya adalah perkara yang dimaafkan. Seandainya berada di Bulan Ramadhan, maka wanita itu perlu menunaikan ibadah berpuasa (selagi mana tidak memudharatkan diri dan kandungan) sebagaimana wanita-wanita istihadhah yang lain. Wallahua’lam. 

Perkembangan bayi @ 13 - 24 minggu




Minggu 13 -Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Nota: Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14 - Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Nota: Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15 - Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Nota: Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16 - Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Nota: Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Minggu 17 - Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Nota: Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa.

Minggu 18 - Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Nota: Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih.

Minggu 19 - Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Nota: Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Minggu 20 - Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Nota: Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

Minggu 21 - Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Nota: Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah. 

Minggu 22 - Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Nota: Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Minggu 23 - Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu. 
Nota: Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 – 15 minit setiap hari sebelum tidur. 

Minggu 24 - Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran.
Nota: Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda.


Perkembangan bayi @ 25 - 40 minggu


Minggu 25

Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.

Minggu 26

Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 27

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.

Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.


Minggu 28

Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.

Minggu 29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.

Minggu 30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.

Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32

Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33

Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34

Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.

Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.

Minggu 35

Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.

Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.

Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.




No comments:

Post a Comment